Showing posts with label pulp. Show all posts
Showing posts with label pulp. Show all posts

Wednesday, December 2, 2015

Bawah 100: Cerita Resit #3 (Aku sayang persahabatan ini)


Aku sayang persahabatan ini

Aku runsing. Hati aku gelisah. Dia kawan aku tetapi kenapa aku rasa dia tidak memahami diri aku ni? Aku mudah orangnya. Aku tinggalkan carikan diri ini di mana-mana aku pergi. 

Aku sebuah lautan luas. Gayunglah sampan engkau, lihat ombak aku.

Tiap kali kita bertukar-tukar mesej, ada sahaja terkelumit di bibirku, “Benci aku budak ni!” Tetapi ini hati busukku. Aku diamkan sahaja. 

Atau dia rasa aku yang tidak memahami dia? Ini baru kisah persahabatan dan belum lagi kisah cinta. 

Ika pandang aku, penuh tanda tanya di raut wajahnya.

Kisah cinta? Masih jauh untuk aku. Lain hari aku cerita lagi.

Bawah 100: Cerita Resit #2 (Salah aku)

Salah aku

“Hey Jua, kau tengok emel, bagi pendapat kau.”

Aku tekan butang send pada skrin telefon pintar aku.

Selang beberapa minit, telefon aku berdering perlahan. Mesej baru masuk. Aku yakin itu dari Jua.

“Hmm, ceritanya tiada elemen yang membuatkan aku untuk terus baca. Tema apa ni? Persahabatan? Aku tak rasa apa pun. Mungkin ayat dan vocab perlu perbaik lagi. Nasib baik pendek, kalau ada empat muka, aku berhenti pada muka kedua.”

Tulisannya terasa keras.

Dia bukan penulis, hanya sahabat yang aku percayai.

Telefon berbunyi lagi.
Dari Jua.

“Tell Marigold, I’m proud on her courage to send the essay.”

Aku menjeling, geram.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...