Wednesday, December 2, 2015

Word100: Cerita Resit #4 (Aku juga seperti mereka)


Aku juga seperti mereka

“Eh, kenapa diorang ni complicated sangat?” Ika bertanya. Aku menghampiri Ika dan melihat skrin computer ribanya. Trailer kisah seorang transgender.

Seksualiti.

Lelaki dan wanita. Bagi mereka, ianya tidak semudah itu. Jantina bukan hanya terbahagi kepada dua tetapi lebih dari itu.

Aku melukis satu garis lurus. Ika melihat, tekun. Seperti pembaris, aku calitkan beberapa garis-garis menegak di antara ‘lelaki’ dan ‘pmpuan’.

“Ini satu spektrum, di antara jantina lelaki dan perempuan, ada lagi di antaranya dan trust me, there are so many.”

“Mereka tiada panduan, hanya hak asasi manusia tu je yang mereka pentingkan.”

Syukur. Aku ada Islam.

Hati ini aku pujuk.

Bawah 100: Cerita Resit #3 (Aku sayang persahabatan ini)


Aku sayang persahabatan ini

Aku runsing. Hati aku gelisah. Dia kawan aku tetapi kenapa aku rasa dia tidak memahami diri aku ni? Aku mudah orangnya. Aku tinggalkan carikan diri ini di mana-mana aku pergi. 

Aku sebuah lautan luas. Gayunglah sampan engkau, lihat ombak aku.

Tiap kali kita bertukar-tukar mesej, ada sahaja terkelumit di bibirku, “Benci aku budak ni!” Tetapi ini hati busukku. Aku diamkan sahaja. 

Atau dia rasa aku yang tidak memahami dia? Ini baru kisah persahabatan dan belum lagi kisah cinta. 

Ika pandang aku, penuh tanda tanya di raut wajahnya.

Kisah cinta? Masih jauh untuk aku. Lain hari aku cerita lagi.

Bawah 100: Cerita Resit #2 (Salah aku)

Salah aku

“Hey Jua, kau tengok emel, bagi pendapat kau.”

Aku tekan butang send pada skrin telefon pintar aku.

Selang beberapa minit, telefon aku berdering perlahan. Mesej baru masuk. Aku yakin itu dari Jua.

“Hmm, ceritanya tiada elemen yang membuatkan aku untuk terus baca. Tema apa ni? Persahabatan? Aku tak rasa apa pun. Mungkin ayat dan vocab perlu perbaik lagi. Nasib baik pendek, kalau ada empat muka, aku berhenti pada muka kedua.”

Tulisannya terasa keras.

Dia bukan penulis, hanya sahabat yang aku percayai.

Telefon berbunyi lagi.
Dari Jua.

“Tell Marigold, I’m proud on her courage to send the essay.”

Aku menjeling, geram.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...