Showing posts with label bawah100. Show all posts
Showing posts with label bawah100. Show all posts

Thursday, April 23, 2020

Bawah100: Certot: Brother


“Just pretend to be my date…” She said out of blue and I choked my hot coffee.  She looked at me with her ocean eyes and with nose that crinkled. 
“…Just for the old times sake, you know” she continued.  I raised my eyebrows.  
“Well umm sure, tell me what you need, I guess,” I replied while she tugged my left arm and wrapped hers around it.  I held the cup in the other.  The snow had stopped and this warmed me. 
I could never be him but this was the closest thing I could offer her after the tragic.


(100 words/patah)

Bawah100: Certot: Tenaga

Status-status yang baru sahaja dimuat naik aku tak tunggu lama, tak perlu aku menidakkan kemahuan sendiri.  Bukan aku nak buktikan apa-apa dan juga bukan ada yang aku ingin sembunyikan. 
Namun aku lupa, mereka tak suka.  Mungkin, fikir aku mereka sebenarnya tak senang dengan tindakanku ini.  Tak kurang juga dengan mereka yang mampu menzahirkan keseronokan apabila aku memberi respon.  Untuk itu, terima kasih, I wanted to make your day but instead you have made mine. 
“Their energy just don’t match mine,” Aku memuncung.
Aku larikan jemariku pada beberapa nama dan tekan ‘mute’ dan serentak itu paras ‘self care’ aku dinaik taraf.

Saturday, December 8, 2018

Bawah 100: Pemburu #4


Mata Adam memandang tajam ke arah Hisyam.  Hisyam kelihatan lemah dan memeluk tubuh, mengecilkan dirinya.
Kemarahan terserlah di wajah, sesekali matanya terpejam sambil terkumat-kamit sesuatu.  Angin kuat memekakkan alam.
“Syam!” Aku memekik dan mereka berpaling kearah aku. 
Muka Hisyam bertukar pucat sebaik sahaja mata kami bertemu.  Aku berdiri perlahan-lahan menahan diri dari diterbangkan ribut gila.
“Mikael, please!” Adam memandang aku.
“Adam dah bersetuju,” mata milik Adam kembali memandang Hisyam. 
Tiba-tiba Hisyam menyeringai seram. 
“NO NO, Syam?!” mataku terbeliak, aku tak keruan.
Tiba-tiba juga Hisyam lemah, tersenyum.
“It’s okay, Dani! Aku dah dapat dia.” 
Lantas menjatuhkan dirinya ke dalam lubang neraka.

    
    


     







ps: cite ni bukan idea asal ak,,cter ni kalu sape prasan adalah American tv shows, Supernatural.  Aku nk praktis tulis dlm BM tp yg ni yg kuar, ak xleh come up ngan idea sndiri lagi, so for the mean time ak gne ni dlu.

Writing 100 words exact or below is really hard when I suddenly have all the words I wanted to describe the moments..guhhhh.. so this is not my own story, but the words are mine.  I want to use something to jump start me in writing in my native language, and this happened.  This isn't my first.  I've written something that touches me when watching Supernatural, and it came to me naturally when I lay my hands on this keyboard to write.  I never written any angsty, action or action fantasy or thriller before both in English and BM, but I should try someday.

Bawah 100: Pemburu #3

Aku tercungap, berselang selikan dengan nafas yang ditarik dalam.  Perasaan yang entah tidak bernama, bercampur baur.  Air mata yang mula bertakung aku kesat dengan lengan baju aku yang kasar seperti denim. 

Aku kebalkan diri.  Luka-luka dalam dan lebam-lebam biru bertukar kebas.  Hanya perit di dalam hati yang terasa.

Apabila langkah semakin kecil aku berhenti dan bersembunyi di sebalik bangkai kereta buruk.  Aku mengintai dan aku nampak Adam.  Tapi dia bukan lagi Adam.  Aku nampak belakang Hisyam.  Dada aku ketat. 

Angin semakin kuat, seperti ribut, menerbangkan apa-apa yang menghalang dan dihumbankan ke dalam lubang berapi marak di tengah-tengah Adam dan Hisyam.

Bawah 100: Menanda


      Aku tersedar.  Walau di luar kedengaran hujan turun dan sesekali terdengar guruh perlahan, aku tahu hari dah lewat.  Hati ini sayu mengenang nasib sendiri.  Tangan aku meraba mencari telefon pintar yang aku yakin sudah beralih tempat.
          Apabila telefon di tangan aku tengok jam.  Bateri juga sudah berkurangan.  Wayar pengecas aku capai dan segera aku sambungankan dengan telefon ini.  Hanya cahaya kecil yang malap muncul.  

          Aku bangkit dari tilam yang tidak bercadar hanya selimut tebal aku jadikan alas.  Aku duduk di kerusi dan termenung lama sebelum pen merah aku sepit di celahan jari dan belek halaman buku.  Hati ini terasa sakit.

Saturday, November 10, 2018

Bawah 100: Pemburu #2


Kepingan memo kuning ini aku letak kembali di atas meja.  Puas aku cuba memahami kod-kod rahsia ini tetapi semakin lama aku tenung semakin fikiran aku entah kemana-mana.  
Aku gerakkan jemariku, mengurut dahi.
“Eh Dani, kau tak tidur ke semalam?” tanya Sham.  
Aku hanya diam, tidak berminat.  
Sambil menarik kerusi, Sham mendengus.  Sham memandang abangnya yang kini berpura-pura sibuk.
“Dani, kalau kau masih marah pasal tu, aku minta maaf tapi there’s no taking back.”
“Sham, listen, aku just fikir yang kau akan buat benda sama kat aku kalau kau kat tempat aku.”
“Nope, Dani.”
Remuk hati seorang abang.



Ps: eh why do I messed up in the POV?? I cant make up my mind, What should I do??

Bawah 100: Pemburu



Hisyam, dia adik aku.  Satu-satunya yang aku ada sekarang.  
Aku masih ingat malam itu.  Bapak tiba-tiba datang menjemput aku pulang setelah dua bulan aku di sana.  
Kenapa?
Aku dah senang kat sana.  Pak Hasan sangat memahami dan Judi… dia cinta pertama aku.  Aku mengintai dari dalam. Terlihat kereta bapak. Aku keberatan.  Kemudian aku nampak Hisyam dengan roket kertas kesayangannya. Aku tersenyum dalam kesayuan.  Aku tahu. Aku harus pulang.
Semalam dia terlantar.  Tenat, kata doktor. Tapi jauh-jauh aku tolak idea itu.  Jantung.
Aku memilih untuk kembali kepada saat tembakan maut itu dilepaskan.



 

Friday, January 1, 2016

Word100: Pemilik Kucing

Nama ‘Helena’ tertera pada telefon bimbitku.  

“Cuji x sihat.  Dia demam.” 

Aku tersentak pada ayat pertama. 
Tulisannya panjang lagi.  Semakin aku baca semakin gambaran 
Cuji jelas dalam fikiran aku.  Ya, Cuji sakit.

“Bler lg tu? Hel ktmana?” Tanya aku, risau.
Dia sedih dan aku faham. 

Aku teringatkan Jua.  

Dia juga pemilik kucing.  Setelah agak lama aku berfikir, 
aku forward mesej Helena kepada Jua.
Mesej ini mesej pertama setelah 
berminggu-minggu kami tidak bersapa. 
Sementara menunggu respon dari Jua, 
aku menenangkan Helena.

“Lap bdn Cuji dgn kain basah” aku taip apa yang Ma cakap.

Jua balas seperti kebiasaan.  Tapi perbualan tak panjang.

Wednesday, December 2, 2015

Word100: Cerita Resit #4 (Aku juga seperti mereka)


Aku juga seperti mereka

“Eh, kenapa diorang ni complicated sangat?” Ika bertanya. Aku menghampiri Ika dan melihat skrin computer ribanya. Trailer kisah seorang transgender.

Seksualiti.

Lelaki dan wanita. Bagi mereka, ianya tidak semudah itu. Jantina bukan hanya terbahagi kepada dua tetapi lebih dari itu.

Aku melukis satu garis lurus. Ika melihat, tekun. Seperti pembaris, aku calitkan beberapa garis-garis menegak di antara ‘lelaki’ dan ‘pmpuan’.

“Ini satu spektrum, di antara jantina lelaki dan perempuan, ada lagi di antaranya dan trust me, there are so many.”

“Mereka tiada panduan, hanya hak asasi manusia tu je yang mereka pentingkan.”

Syukur. Aku ada Islam.

Hati ini aku pujuk.

Bawah 100: Cerita Resit #3 (Aku sayang persahabatan ini)


Aku sayang persahabatan ini

Aku runsing. Hati aku gelisah. Dia kawan aku tetapi kenapa aku rasa dia tidak memahami diri aku ni? Aku mudah orangnya. Aku tinggalkan carikan diri ini di mana-mana aku pergi. 

Aku sebuah lautan luas. Gayunglah sampan engkau, lihat ombak aku.

Tiap kali kita bertukar-tukar mesej, ada sahaja terkelumit di bibirku, “Benci aku budak ni!” Tetapi ini hati busukku. Aku diamkan sahaja. 

Atau dia rasa aku yang tidak memahami dia? Ini baru kisah persahabatan dan belum lagi kisah cinta. 

Ika pandang aku, penuh tanda tanya di raut wajahnya.

Kisah cinta? Masih jauh untuk aku. Lain hari aku cerita lagi.

Bawah 100: Cerita Resit #2 (Salah aku)

Salah aku

“Hey Jua, kau tengok emel, bagi pendapat kau.”

Aku tekan butang send pada skrin telefon pintar aku.

Selang beberapa minit, telefon aku berdering perlahan. Mesej baru masuk. Aku yakin itu dari Jua.

“Hmm, ceritanya tiada elemen yang membuatkan aku untuk terus baca. Tema apa ni? Persahabatan? Aku tak rasa apa pun. Mungkin ayat dan vocab perlu perbaik lagi. Nasib baik pendek, kalau ada empat muka, aku berhenti pada muka kedua.”

Tulisannya terasa keras.

Dia bukan penulis, hanya sahabat yang aku percayai.

Telefon berbunyi lagi.
Dari Jua.

“Tell Marigold, I’m proud on her courage to send the essay.”

Aku menjeling, geram.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...